Ini Sebab Kenapa Ramai Gagal Apply Green Book

Selamat menyambut tahun baru 2024. Terima kasih kepada semua follower yang sudi follow dan singgah kat blog ini. Semoga semua sihat dan terus berjaya di tahun yang baru ini. Bagi yang baru atau sudah lama berkecimpung di dalam bidang safety and health, mungkin sudah perasan sekarang ni kebanyakan iklan jawatan kosong berkaitan dengan safety mengutamakan calon yang sudah ada green book. Namun begitu, masih ramai juga pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau Safety Officer yang masih gagal mendapatkan green book. Sebagai tanda terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya, saya nak bincangkan serba sedikit sebab-sebab mengapa permohonan green book selalu ditolak. 

Sebab Permohonan Green Book Ditolak

Sebenarnya ada banyak sebab la kenapa permohonan green book selalu ditolak. Antara sebab utama adalah dokumen yang dihantar tidak lengkap dan juga tidak memenuhi kehendak (syarat-syarat) yang ditetapkan, ataupun dokumen yang tidak menepati kehendak undang-undang berkaitan.

Surat Pengesahan Majikan

Ini antara sebab utama mengapa permohonan green book calon ditolak. Selalunya calon gagal mengemukakan surat pengesahan majikan disebabkan calon keliru diantara surat pengesahan majikan dan juga surat kontrak kerja atau LOE. So ramai calon yang hanya menghantar LOE sahaja, jika ini berlaku permohonan green book atau pendaftaran OYK sebagai SHO memang akan ditolak oleh pihak DOSH. Pastikan anda menghantar surat pengesahan jawatan oleh majikan terdahulu dan terkini ya.

Profile Majikan

Antara kesilapan kecil yang  kerap dilakukan oleh pemohon adalah tidak mengemukakan profile majikan secara lengkap seperti mana yang dikehendaki oleh pihak DOSH. Antara kesilapan kecil yang sering dilakukan adalah seperti gagal memasukkan jumlah pekerja, kod dan juga kelas industry seperti di dalam jadual kelas industry yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pastikan anda telah memeriksa profile majikan tersebut mengandungi segala maklumat yang dikehendaki sebelum menghantar permohonan green book. 

No Pendaftaran Tempat Kerja

Kerap juga calon menghubungi saya bertanya berkenaan dengan pendaftaran tempat kerja ni,antara keluhan yang sering diutarakan adalah tempat kerja tak ada nombor pendaftaran dengan DOSH. Untuk mengatasi masalah ini, adalah tanggungjawab kita sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau safety officer untuk menasihati majikan dan seterusnya mendaftarkan tempat kerja tersebut. Namun begitu ada juga dilema yang dihadapi sesetengah safety officer dimana pihak majikan melarang mereka untuk mendaftarkan tempat kerja atas sebab-sebab tertentu. Jika ini berlaku pilihan yang ada sebaik-baiknya cuba untuk cari rezeki ditempat lain. 

Bukti Menjalankan Kewajipan Sebagai Safety Officer

Ini merupakan punca utama permohonan green book selalu ditolak. Kalau kita lihat keperluan undang-undang atau lebih tepat lagi di dalam Peraturan SHO 1997, sebenarnya pendaftaran SHO ini sangat mudah, dimana undang-undang hanya menghendaki seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman di dalam bidang safety dan memenuhi syarat-syarat kelayakan kursus atau akademik yang ditetapkan. Namun begitu ramai juga, pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang gagal untuk memastikan dokumen yang diperlukan disimpan dari awal sebaik sahaja mereka mula bekerja sebagai safety practitioner. Bila dah cukup 3 tahun, calon akan menjadi kelam kabut untuk mencari suporting dokumen yang diperlukan. Antara dokumen yang kerap gagal dikemukakan adalah seperti laporan bulanan, laporan aktiviti promosi berkaitan keselamatan dan kesihatan, laporan pemeriksaan tempat kerja, minit mesyuarat SHC Comittee, HIRARC dan sebagainya. Kadang-kadang ada juga permohonan green book ditolak walaupun pemohon telah menghantar semua dokumen yang diminta. Antara punca masalah ini berlaku disebabkan oleh laporan bulanan yang disediakan tidak menepati kehendak Peraturan SHO 1997 atau dokumen yang disediakan tidak ada bukti penglibatan pemohon, bahkan ada juga yang ditolak disebabkan menghantar dokumen yang meragukan pihak DOSH. Adalah diingatkan sekiranya anda didapati bersalah menghantar dokumen yang dipalsukan, anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak DOSH untuk memohon green book sehingga 2 atau 3 tahun. Oleh yang demikian pastikan anda tidak cuba untuk memanipulasi atau memalsukan dokumen yang dihantar. 

Contoh salah satu surat permohonan green book ditolak

Gagal Semasa Temuduga

Jika anda dipanggil oleh DOSH untuk ditemuduga, pastikan anda sudah bersedia secukupnya. Ramai calon yang gagal sesi temuduga ini disebabkan kegagalan calon untuk menguasai akta dan juga peraturan-peraturan berkaitan dengan keselamatan dan juga kesihatan ditempat kerja. Pihak DOSH sangat ingin melihat calon yang menguasai akta atau peraturan ini, sebab antara tugas hakiki safety officer adalah sebagai penasihat kepada majikan berkaitan dari segi akta dan peraturan yang berkaitan dengan safety and health. Selain undang-undang, calon juga kena mahir di dalam risk assessement, sebab soalan ni pun antara soalan kegemaran pihak DOSH. Selalunya sesi temuduga ini akan berlangsung lebih kurang dalam 1-2 jam. 

Kesimpulan

Bagi pengamal keselamatan dan kesihatan yang baru menceburkan diri di dalam bidang safety ni, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah dokumen yang perlu disimpan, supaya anda boleh menyimpan semua dokumen tersebut dari awal, supaya bila sudah genap 3 tahun atau lebih, anda tidak menghadapi sebarang masalah untuk memohon pendaftaran green book. Selamat berjaya. Owh ya, bagi anda yang tidak mahu mengulangi kesilapan calon-calon lain, saya ada menyediakan e-learning secara detail berkenaan dengan pemohonan green book, selain tips-tips penting saya juga sertakan template yang boleh diubahsuai bagi memastikan laporan yang disediakan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Anda boleh akses e-learning tersebut disini. Untuk yang serious sahaja ya, sebab ada sedikit bayaran komitmen diperlukan untuk mengakses platform tersebut. 

Masih tak yakin lagi nak apply green book? Takut permohonan kena reject atau tak tahu apa dokumen yang perlu dihantar? Jangan risau, saya sudah siapkan panduan lengkap berserta dengan contoh-contoh dokumen yang perlu dihantar. Selain itu, saya sertakan juga template dokumen yang boleh diubahsuai bagi memastikan setiap dokumen yang dihantar menepati syarat yang ditetapkan.