Apa Beza DOSH dan NIOSH?

Saya kerap menerima whatsapp daripada para pembaca blog ini, yang bertanyakan kepada saya apakah DOSH dan NIOSH sama? Bahkan ada juga yang bertanya, adakah mereka perlu mengikuti kursus safey and health officer dekat DOSH? Normal la bagi yang belum berkecimpung di dalam bidang safety mungkin ada yang masih keliru berkaitan dengan NIOSH dan DOSH. 

Bagi anda yang ingin menceburkan diri ke dalam bidang safety ni, saya harap artikel kali ini dapat memberi anda idea apa itu NIOSH dan DOSH. Apa yang pasti kedua-dua mereka ni adalah benda yang berbeza tetapi mempunyai kaitan atau hubung kait diantara satu sama lain. 

NIOSH

Mari kita lihat dulu apa itu NIOSH. Untuk pengetahuan kita, NIOSH merupakan salah satu syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1992 dan telah memulakan operasi pada March 1993. NIOSH telah ditubuhkan dengan bantuan dana daripada SOCSO dan juga dana dari kerajaan. NIOSH telah dipercayakan oleh kerajaan untuk mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. NIOSH merupakan salah satu training provider atau pusat latihan yang menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan safety di Malaysia. Dekat NIOSH, selain kursus pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (SHO Course) serta Kursus Penyelia Tapak Bina atau Site Safety Supervisor (SSS), NIOSH juga menganjurkan kursus-kursus berkaitan safety yang lain. Antara kursus-kursus yang dijalankan di NIOSH seperti Oil and Gas Safety Passport, Confine Space, First Aid Course, Chemical Health Risk Assessor dan banyak lagi. Selain menyediakan latihan berkaitan dengan safety, NIOSH juga ada menyediakan perkhidmatan konsultansi berkaitan dengan OSH di Malaysia. Pihak NIOSH juga mengadakan research and development berkaitan dengan OSH serta merupakan agensi atau pusat untuk menganjurkan peperiksaan berkaitan dengan bidang safety seperti peperiksaan SHO dan SSS. Selain daripada itu, NIOSH juga aktif dalam mempromosikan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. 

DOSH

DOSH merupakan singkatan kepada Deparment of Occupational Safety and Health. Dalam bahasa Melayu ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). So jangan keliru juga ya, sebab ada juga yang keliru ingatkan DOSH dan JKKP ni dua benda yang berbeza. DOSH merupakan agensi kerajaan, sama seperti agensi kerajaan yang lain seperti POLICE, BOMBA, JKR, JPJ dan macam-macam lagi. DOSH merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang & Jentera 1967 serta Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984. Selain menguatkuasakan akta-akta tersebut, pihak DOSH juga bertanggungjawap untuk mempromosikan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Jika anda ingin menjadi safety and health officer atau site safety supervisor, selepas menghadiri kursus di NIOSH atau training provider lain yang diiktiraf oleh DOSH, selepas cukup syarat anda boleh memohon kompetensi sebagai SHO atau SSS daripada DOSH. Pendek kata DOSH merupakan penguatkuasa bagi hal-hal berkaitan dengan OSH di Malaysia. 

Ringkasan

Untuk senang nak faham sama macam kita nak ambil lesen kereta, untuk mendapatkan lesen kereta kita kena belajar di Pusat Memandu, kemudian selepas kita lulus ujian memandu, pihak JPJ akan mengeluarkan lesen memandu. Saya harap anda tak keliru lagi apakah fungsi DOSH ataupun NIOSH. Jika anda ingin mengikuti kursus berkaitan safety, boleh attend kursus kat NIOSH. Manakala untuk hal-hal berkaitan perundangan atau penguatkuasaan tentang OSH boleh rujuk kepada pihak DOSH.

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video