Surat Perwakilan Untuk Permohonan Mengaktifkan Nombor Tempat Kerja

Pendaftaran tempat kerja atau tapak bina dengan DOSH mesti dilakukan sesuai dengan kehendak akta atau undang-undang. Pendaftaran tempat kerja atau tapak bina boleh dibuat melalui sistem MyKPP. Jika anda belum ada akaun MyKPP, boleh daftar melalui website MyKPP berikut http://mykkp.dosh.gov.my/ 

Pendaftaran akaun MyKPP ni sangat simple, just ikut saja step yang disediakan melalui website MyKPP tersebut. Hampir semua urusan berkaitan dengan DOSH boleh dilakukan melalui portal MyKPP. Begitu juga pendaftaran tempat kerja atau tapak bina. Dalam artikel ni, saya akan bincangkan berkenaan dengan surat perwakilan untuk permohonan mengaktifkan nombor tempat kerja atau tapak bina terlebih dahulu. 

Pendaftaran Tempat Kerja / Tapak Bina

Selepas mendaftar akaun MyKPP, anda sudah boleh mendaftarkan atau mengaktifkan no tempat kerja / tapak bina. 

Salah satu dokumen wajib yang anda perlu ada sebelum dapatkan mendaftarkan atau mengaktifkan pendaftaran tempat kerja atau tapak bina adalah Surat Perwakilan Untuk Permohonan Mengaktifkan Pendaftaran Nombor Tempat Kerja. Surat ini diperlukan untuk mengesahkan atau sebagai bukti bahawa anda merupakan wakil yang sah daripada majikan untuk mengaktifkan pendaftaran tempat kerja / tapak bina. Ini bagi mengelakkan kes penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap. 

Contoh Surat Perwakilan Untuk Permohonan Mengaktifkan Nombor Tempat Kerja

Berikut merupakan contoh surat yang anda boleh gunakan untuk mengaktifkan pendaftaran tempat kerja / tapak bina. Semoga ianya dapat membantu rakan-rakan yang tengah menghadapi masalah untuk menyediakan surat tersebut.

Gunakan Letterhead Syarikat Anda

Pengarah JKKP

Tarikh:

Perkara: Surat Perwakilan Untuk Permohonan Mengaktifkan Nombor Tempat Kerja

Dimaklumkan bahawa (……….nama syarikat…………….) memberi kebenaran kepada penama iaitu (….nama anda….), (…..nombor kad pengenalan anda….) sebagai wakil syarikat untuk membuat sebarang urusan berkaitan MyKKP. 

Sebagai pengesahan pihak tuan dapat menghubungi pegawai syarikat seperti dibawah.

Segala kerjasama daripada pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar

(….tandangan…)

Nama Pegawai Syarikat Jawatan Pegawai

Nota: Surat perlu ditandatangi pegawai syarikat yang diberi kuasa, seperti HR Manager / Project Manager / MD / GM / CEO and etc) Jangan lah suruh Safety Manager yang sign 🙂 , Jangan lupa untuk cop surat anda menggunakan company stamp.

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video