Perubahan Format & Syarat Peperiksaan Site Safety Supervisor

Perubahan Format & Syarat Peperiksaan Site Safety Supervisor

Sebelum ini saya sudah berkongsi tentang perubahan format untuk ujian SHO NIOSH yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2019. Selain ujian SHO, terdapat sedikit perubahan format dan juga syarat untuk menduduki peperiksaan bagi Site Safety Supervisor (SSS) atau Penyelia Keselamatan Tapak Bina. Perubahan ini juga akan berkuatkasa pada 1 November 2019.

Syarat Baharu Menduduki Peperiksaan Site Safety Supervisor

Jika anda bercadang untuk mengikuti kursus Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS), pastikan anda memiliki kelayakan seperti berikut bagi membolehkan anda menduduki peperiksaan Site Safety Supervisor. 

Syarat baru berikut akan berkuatkuasa pada 1 November 2019:

  • Calon mestilah warganegara Malaysia; DAN
  • Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya LCE / SRP / PMR / PTT / atau SIJIL yang setaraf, DAN
  • Telah menghadiri Kursus Penyelia Keselamatan Tapak Bina di pusat pengajar yang diktiraf oleh DOSH

So pastikan anda memenuhi syarat-syarat tersebut sebelum mengambil keputusan untuk mengikuti kursus Site Safety Supervisor. Kalau tak nanti lepas attend kursus memang tak boleh exam pula.  

Format Ujian Site Safety Supervisor

Berkuatkuasa 1 November 2019 juga, format ujian untuk Site Safety Supervisor akan mengunakan format seperti berikut. Untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih berkaitan dengan format ujian SSS, anda boleh menghubungi unit peperiksaan NIOSH.

SSS

Bagi yang akan menduduki peperiksaan, selamat berjaya. Kalau sudah berjaya, jangan lupa untuk kongsi pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan kerjaya dalam bidang OSH. Semoga lebih ramai lagi yang akan berjaya di dalam bidang ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kita dan rakan-rakan sekerja yang lain lebih diberi perhatian oleh pihak majikan.  

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else

Leave a Reply

Close Menu