Perubahan Format Ujian SHO NIOSH

Perubahan Format Ujian SHO NIOSH

Anda sudah selesai menduduki kursus Safety and Health Officer (SHO) atau Site Safety Supervisor (SSS)? Tahniah! Saya pasti langkah anda seterusnya adalah untuk menduduki peperiksaan samada SHO atau pun SSS. Selamat menduduki peperiksaan dan semoga boleh lulus untuk semua kertas peperiksaan SHO atapun SSS. Berkuatkuasa 1 November 2019, ada sedikit perubahan format bagi peperiksaan SHO dan SSS. Pada pendapat saya, ia merupakan satu langkah yang baik bagi memudahkan para peserta kursus untuk lulus di dalam peperiksaan samada ujian SHO ataupun SSS.

Perubahan Ujian untuk SHO

Tulisan kali ini, saya akan mengulas berkaitan perubahan format bagi SHO terlebih dahulu. Untuk makluman, peperiksaan untuk SHO terbahagi kepada 4 kertas. Ia lebih dikenali dengan paper 1 – 4 dikalangan SHO. Kebiasaannya, majoriti peserta yang menduduki peperiksaan SHO tidak mengalami masalah untuk lulus paper 1,2 & 3. Namun begitu, kadang kala ada perserta yang kurang bernasib baik dan gagal paper 4. 

Untuk paper 4, ia dibahagi kepada 2 bahagian iaitu, bahagian 1 “Workplace Assignment” (WPA) dan bahagian 2 ialah Presentation (Pesembahan). Berita baiknya, mulai 1 November 2019, sekiranya anda gagal salah satu bahagian dalam paper 4, anda hanya dikehendaki untuk mengulang bahagian yang gagal tadi. Sebagai contoh, jika anda gagal bahagian 2 iaitu “Presentation”, maka anda hanya perlu mengambil semula ujian paper 4 bahagian 2 sahaja. So anda tak perlu membuat WPA baru. Begitu juga sebaliknya, jika anda lulus bahagian 2 tetapi gagal bahagian 1 iaitu WPA, anda hanya perlu membuat semula WPA tersebut tanpa perlu membuat presentation lagi di hadapan para panel. Senangkan? 🙂 Terima kasih kepada pihak NIOSH kerana sudah meluluskan perubahan tersebut.  

Format Peperiksaan SHO

Berikut merupakan format peperiksaan SHO NIOSH untuk rujukan dan makluman. Maklumat ini adalah tepat pada waktu artikel ini ditulis, untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih sila berhubung terus dengan unit peperiksaan NIOSH. 

peperiksaan SHO

Semoga dengan perubahan format peperiksaan SHO ini, dapat memudahkan lagi calon-calon yang kurang bernasib baik yang belum lulus paper 4. Memang agak menyeramkan bagi calon-calon berhadapan dengan panel sewaktu membuat presentation untuk paper 4. Tips dia simple saja, sometime panel ini just want to see your confident level macam mana nak cakap, bantai jer jangan risau. Kalau tak dapat jawab just berterus terang jer dengan panel 🙂 Lagi satu kesilapan calon-calon ni, mereka terlalu fokus dengan WPA mereka, kadang-kadang sewaktu buat presentation panel suka menguji pemahaman calon berkenaan dengan legal yang berkaitan dengan OSH (OSHA 1994 dan FMA1967). Dan yang best nya, soalan mereka kadang-kadang takda kaitan dengan WPA tersebut. Ini yang buat ramai calon kantoi. 

Syarat-syarat untuk menduduki Peperiksaan SHO NIOSH

Berikut merupakan syarat-syarat bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan SHO. So sebelum anda membuat keputusan untuk mengikuti Kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) adalah penting untuk memastikan anda layak untuk menduduki peperiksaan pula.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM, MCE, SPVM ATAU sijil yang setaraf (minimum pangkat 3); ATAU
  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM (sijil terbuka) dengan syarat-syarat berikut:
  • Lulus sekurang-kurangnya enam (6) subjek; DAN
  • Kepujian sekurang-kurangnya gred 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris don Matematik; DAN
  • Lulus sekurang-kurangnya satu ( 1) subjek dengan sekurang-kurangnya gred 8E untuk mata pelajaran sains atau fizik atau kimia atau biologi; DAN
  • Lulus lain-lain mata pelajaran dengan sekurang­kurangnya jumlah keseluruhan mata pelajaran berjumlah enam (6); ATAU
  • STPM dalam aliran Sains; ATAU
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; ATAU
  • Diploma Kolej Vokasional (Teknologi don Teknikal); ATAU
  • Bagi kelayakan tertinggi, sekurang-kurangnya Diploma dalam apa-apa bidang yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

Anyway, semoga semua calon berjaya  lulus dalam peperiksaan SHO, ia merupakan salah satu step yang penting bagi seseorang SHO sebelum anda boleh memohon untuk didaftarkan sebagai Orang Yang Kompeten, bahasa industry kita panggil Green Book holder. Good luck, feel free to contact me if you need some guide and tips. 

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else

Leave a Reply

Close Menu