Ok guys, anda singgah kat sini kerana ingin tahu bagaimana cara untuk buat JHA atau JSA kan? Don’t worry, kali ini saya akan bincangkan, bagaimana cara untuk membuat JHA atau JSA dengan cara yang simple dan berkesan.
Apa itu Hazard
Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita refresh balik perkara asas iaitu hazard. Sebelum membuat JHA atau JSA, seseorang itu harus tahu dan faham apakah itu hazard.
Secara ringkas, HAZARD merupakan “apa-apa sumber yang berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan samada kepada keselamatan mahupun kesihatan seseorang, harta benda ataupun alam sekitar”
Apa itu JHA atau JSA
Ketika ditanya soalan ini, ‘apa itu JHA atau JSA?’ mesti ramai yang akan katakan JHA adalah Job Hazard Analysis manakala JSA pula adalah Job Safety Analysis 🙂
Tidak salahkan? Tetapi persoalannya adalah, apakah itu Job Hazard Analaysis ataupun Job Safety Analysis 🙂
Secara ringkas juga, saya berpendapat bahawa JHA / JSA merupakan satu proses atau teknik untuk mengenalpasti hazard-hazard yang berkaitan dengan langkah-langkah kerja yang dilakukan supaya langkah pencegahan dapat dibuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Ia berkait rapat dengan langkah kerja, siapa yang terlibat, apakah peralatan yang digunakan dan juga langkah pencegahan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
Mengapa JHA / JSA penting
Di Malaysia, kemalangan di tempat kerja bahkan yang melibatkan kematian masih pada tahap yang tinggi. Setiap hari hampir pasti ada kemalangan maut di tempat kerja.
Apabila kemalangan berlaku di tempat kerja, lebih-lebih lagi kemalangan serious ataupun yang melibatkan kehilangan nyawa, pasti reputasi syarikat tersebut juga akan terjejas. Malah ia juga akan memberi impak secara tidak langsung kepada produktiviti serta keuntungan syarikat.
Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang baik dan terurus secara tidak langsung akan memberikan kesan yang positif kepada syarikat lebih-lebih lagi apabila keselamatan, kesihatan serta kebajikan pekerja terjamin. Ia akan meningkatkan produktiviti dan secara langsung akan meningkatkan keuntungan kepada syarikat tersebut.
Jenis kerja bagaimana yang memerlukan JHA / JSA?
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, especially rakan-rakan yang baru di dalam bidang safety, apakah semua kerja yang kita buat perlua ada JHA / JSA?
Sebenarnya, bagus juga kalau semua jenis aktiviti yang kita buat ada JHA atau JSA kan.
Namun begitu keutamaan hendaklah diberikan kepada kerja-kerja yang berpontensi seperti berikut:
- Aktiviti yang mempunyai ‘injury atau illness rate’ yang tinggi
- Aktiviti yang berpotensi mendatangkan kecederaan atau kemalangan yang serious
- Aktiviti dimana potensi kesilapan pekerja besar kemungkinan akan berlaku serta boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan serious
- Aktiviti ‘non-routine’ atau baru di dalam syarikat anda
- Aktiviti rumit yang memerlukan panduan bertulis
Bagaimana anda bermula
Bagi yang baru atau pertama kali membuat JHA atau JSA pasti juga gelabahkan. Cara paling senang mesti ramai yang akan pergi berjumpa uncle Google atau pak cik Yahoo, kemudian just copy and paste kan. Yup tak salah, cuma kadang-kadang JHA atau JSA tersebut tak sesuai dengan aktiviti yang kamukan. 5 langkah berikut mungkin dapat memberi anda idea cara untuk buat jha atau jsa dengan betu.
1) Libatkan rakan sekerja
Secara jujur, kerap juga saya melihat dimana rakan-rakan safety bertanya jika ada contoh JHA atau JSA yang boleh dijadikan rujukan atau senang cerita boleh copy and paste 🙂 Ada juga rakan-rakan safety yang stress sebab tak tahu macam mana nak buat JHA / JSA.
Perkara paling asas di dalam penyedian JHA atau JSA adalah dengan melibatkan rakan sekerja yang melakukan tugas tersebut. Sebagai contoh, jika anda ingin menyediakan JHA berkaitan dengan kerja-kerja pemasangan perancah ataupun scaffolding, orang yang paling tepat untuk dibawa berbincang adalah para scafolder. Sebab mereka yang arif ataupun tahu apakah langkah-langkah bagi kerja pemasangan perancah.
Tugas kita sebagai safety, kita hanya coordinate dan bagi nasihat atau advise proses menyediakan JHA tersebut. Selepas everyone buat brainstorming, kita hanya perlu review dan finalised JHA yang kita telah bincangkan. Lebih-lebih lagi, kita kena review apakah hazard dan cara pencegahan betul atau tidak.
Bila kita melibatkan rakan sekerja, secara tak langsung, kita dapat kenalpasti langkah-langkah kerja dengan betul. Harus diingat, safety officer ni bukan superman, mana mungkin kita tahu semua proses kerja yang ada di syarikat kita kan. Kepakaran kita adalah mengenalpasti hazard dan memberikan nasihat berkaitan dengan langkah pencegahan. So just do what we suppose to do, kenapa harus peningkan kepala dan stress 🙂
Nak lagi senang, kita buatlah Awareness Training kepada supervisor dan rakan sekerja bagaimana cara buat JHA atau JSA dengan betul. Lepas tu buatkan template supaya satu syarikat gunakan template JHA yang sama. Bila rakan sekerja dah boleh buat JHA sendiri, tugas kita pun ringan sikit, kita just tolong review dan perbetulkan sahaja. Masalahnya, ada safety sendiri tak tahu macam mana proses nak buat JHA, masih lagi confuse apa itu hazard apa itu consequences dan cara pencegahan. Bila sampai bab macam ni, macam mana dia nak bagi tunjuk ajar dengan rakan sekerja..ermm kena fikir la sendiri kan.
2) Kaji trend kemalangan
Perkara kedua yang perlu diambil kira adalah statistik kecederaan, kemalangan atau kerosakan yang pernah berlaku di tempat kerja anda. Melalui statistik tersebut anda mungkin boleh kenalpasti apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diperbaiki supaya kemalangan tersebut tidak berulang.
3) Pre-job atau Preliminary discussion
Kita juga boleh membuat perbincangan awal bersama dengan rakan sekerja sebelum sesuatu aktiviti dilakukan. Dalam masa yang sama kita terus review JHA sedia ada. Cuba dapatkan maklum balas daripada rakan sekerja apakah hazard-hazard yang kerap mereka hadapi di tempat kerja. Jangan terperanjat jika dalam sesi tersebut, banyak hazard dan langkah pencegahan yang tidak tersenarai di dalam JHA sedia ada. So, ambil peluang tersebut untuk improve your JHA. Jika ada keadaan tak selamat, cuba untuk memperbetulkan keadaan tak selamat tersebut dengan serta merta.
4) Senaraikan dan set priority
Sebaiknya, semua JHA atau JSA yang ada kita senaraikan di dalam satu file. Sebagai contoh, kita namakan file tersebut ‘Senarai Generik JHA’. Dari senarai JHA tersebut mungkin kita labelkan mengikut jenis risiko. Jika aktiviti tersebut berisiko tinggi, mungkin kita perlu review JHA tersebut lebih kerap lagi bersama dengan rakan sekerja.
5) Senaraikan langkah atau proses kerja
Cara paling baik untuk mengenalpasti proses atau langkah-langkah kerja adalah dengan memerhatikan rakan sekerja anda melakukan kerja tersebut. Melalui cara begini, ia akan memberikan anda gambaran sebenar bagaimana kerja tersebut dilakukan dan apakah hazard-hazard yang terdapat pada aktiviti tersebut. Secara tak langsung, ini juga dapat memberikan idea kepada anda untuk menentukan langkah pencegahan ataupun control measure. Ia juga dapat memberikan idea cara untuk buat JHA atau JSA dengan lebih berkesan.
Perkara asas perlu ada di dalam JHA
Ada banyak template JHA yang terdapat di industri mahupun yang mungkin akan anda jumpa di dalam internet. Namun begitu, 3 perkara asas berikut perlu ada:
1) Pengenalpastian Hazard
Dalam bahagian ni, ada 3 perkara penting yang perlu anda fokuskan iaitu:
- Langkah-langkah kerja secara detail (Step of activity)
- Hazard-hazard yang terdapat pada setiap step kerja tersebut
- Kesan daripada hazard tersebut
2) Analisa Risiko
Dalam bahagian dua ini pula, anda perlu mengenalpasti apakah tahap risiko hazard tersebut. Adakah ia berisiko rendah, sederhana ataupun tinggi. Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimana menentukan tahap risiko, boleh refer HIRADC guideline daripada DOSH kat SINI.
3) Kawalan Risiko
Bila sudah kenalpasti tahap risiko, langkah seterusnya adalah mengenalpasti kawalan risiko. Kat sini pun kerap saya perhatikan kesilapan yang selalu dibuat adalah meletakkan ‘PPE’ sebagai kawalan utama. Ia memang bagus, tetapi harus diingat bahwa ‘PPE’ merupakan langkah pencegahan yang paling kurang berkesan mengikut ‘Hierarchy of Control’. So sebaik-baiknya, bila membuat langkah pencegahan atau control measure kena ambil kira hierarchy of control supaya risiko tersebut kalau boleh dapat dikawal dengan efisien.
Dalam kawalan risiko ini juga boleh kenalpasti siapakah yang akan bertanggungjawab untuk memastikan kawalan risiko tersebut dilaksanakan. Kalau boleh terus letak nama orang tersebut supaya dia tahu apakah yang dia perlu buat untuk mengawal risiko. Biasanya mereka ini adalah orang yang terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut. Sebagai contoh kerja pemasangan perancah tadi, untuk mengelakkan orang jatuh dari platform, penghadang (guard rail) perlu dipasang, so dalam JHA kita letak nama Supervisor (Contoh Abu Kassim), supaya dia tahu bahawa tugas dia adalah memastikan penghadang (guard rail) dipasang.
Saya harap ia dapat memberi anda idea bagaimana cara untuk buat JHA / JSA dengan cara yang betul. Anda boleh gunakan apa template pun, yang penting anda kena tahu apakah perkara asas di dalam penyedian JHA / JSA, secara tak langsung bila anda sudah ada perkara asas tersebut, anda akan dapat menghasilkan JHA yang sesuai dan berkenaan dengan aktiviti yang kamu adakan di tempat kerja. Ok guys, kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan ya. Untuk tidak ketinggalan mendapatkan new update dari saya, jangan lupa untuk subscribe to my blog list ya. Thank you in advance for your support.
Lihat video 'Risk Assessment'
"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"
Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat.

Andrew L. Salin
OSH Practitioner, HSE Speaker, Online Entrepreneur
