Adakah Medical Card Perlu Untuk Keluarga Anda?

“Belum ada orang yang jatuh bankrap sebab bayar medical card, tetapi ramai yang sudah jadi papa kedana sebab bayar kos rawatan perubatan”

Adakah anda sekeluarga dilindungi insurans perubatan yang secukupnya? 

Jika jawapan anda tidak, jangan risau kerana anda sekeluarga tidak bersendirian. Mengikut kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Life Insurance Association of Malaysia, sekitar 90% daripada rakyat Malaysia tidak ada perlindungan insurans perubatan. Susah nak fahamkan 🙂 Maksudnya sekitar 90% rakyat Malaysia tak ada medical card. 

Saya dah beli life insurans, kenapa nak beli medical card atau insurans perubatan?

Kata 90% rakyat Malaysia 🙂

Secara khusus, kajian menunjukkan bahawa bagi keluarga yang pencari nafkah utamanya mempunyai beberapa insurans nyawa tetapi tidak mempunyai insurans perubatan, terdapat jurang perlindungan sebanyak RM642,000! Manakala jika pencari nafkah utama tidak memiliki insurans nyawa, maka jurang perlindungan ini akan meningkat kepada RM723,000. 

Implikasi angka-angka ini sangat jelas, iaitu kekurangan insurans perubatan adalah penyumbang utama kepada jurang perlindungan. Walaupun dengan beberapa bentuk insurans nyawa dan perubatan, masih ada jurang perlindungan purata sebanyak RM553,000 bagi setiap keluarga. Ini merupakan satu angka yang sangat membimbangkan. 

Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu jurang perlindungan? Jurang perlindungan dapat didefinisikan sebagai angka kewangan yang dianggarkan untuk mengatasi kekurangan perlindungan terhadap masalah kewangan yang timbul disebabkan peristiwa malang seperti kematian, kecacatan, atau penyakit kritikal. Jumlah wang ini biasanya digunakan untuk menampung perbelanjaan, membayar hutang tertunggak, dan sebahagian besarnya untuk mengekalkan taraf hidup yang munasabah.

Apakah anda sangggup melihat gaya hidup keluarga anda berubah secara mendadak jika sesuatu yang buruk berlaku terhadap anda sebagai pencari nafkah utama?

Setiap tahun, kos perubatan di Malaysia semakin meningkat. Trend peningkatan ini tidak ada ciri-ciri untuk turun atau murah. Disebabkan kos yang semakin meningkat, ramai yang terbeban dari segi kewangan bagi memastikan diri sendiri atau ahli keluarga mendapat rawatan yang terbaik. Bahkan, bekas Raja Pecut Negara, Watson Nyambek juga pernah mengakui betapa terbebannya beliau dengan kos kewangan yang terpaksa ditanggung bagi memastikan mendiang bapa beliau dapat menerima rawatan yang terbaik

Memang diakui, kerajaan telah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi seluruh rakyat Malaysia, ini dapat dilihat dengan kepakaran, kemudahan bah kan harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat minimum. Namun begitu, sebagaimana yang kita sedia maklum, disebabkan oleh ramai pesakit yang berkunjung ke hospital kerajaan, kadang-kala pesakit perlu menunggu giliran yang agak lama bagi merawat penyakit yang kritikal seperti kanser dan sebagainya.

Selain itu, bukan semua hospital kerajaan dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi untuk merawat sesetengah penyakit kritikal, disebabkan hal yang demikian, anda mungkin akan dirujuk ke hospital yang lebih besar lagi seperti Hospital Kuala Lumpur dan lain-lain. Kalau anda memang berada di Kuala Lumpur, mungkin tidak menjadi masalah besar, tapi bagaimana jika anda berada jauh dari KL seperti di Sabah atau Sarawak? Masih ada kos-kos sampingan yang anda akan terpaksa tanggung walaupun kos rawatan mungkin dapat dibiayai oleh pihak kerajaan.  

Ala..Medical Card mahal sangat, lagi pun kalau saya takda claim atau guna, nanti bayaran tu akan hangus macam tu saja..

Andrew

Betul tuan, dulu saya pun antara 90% rakyat Malaysia yang berfikiran begitu. Sebab masa tu saya masih tak faham risiko yang saya ambil sebab tak ada beli medical card. Ya, memang saya dah ada dua insurans nyawa, tapi takde insurans perubatan. Bukan kita minta, tapi kalau ada apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya bila ada insurans perubatan ni, kita rasa tenang sikit, tak perlu berebut atau berbaris panjang di hospital kerajaan. Ya saya faham sangat bagaimana sibuknya para pekerja di hospital kerajaan, sebab isteri saya sendiri bertugas di hospital kerajaan. So, saya fikir, lebih baik bagi peluang kepada yang betul-betul tak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan bagi mengurangkan beban petugas di hospital kerajaan. Ditambah dengan pandemik covid-19 ni, memang dasyat la para frontliner kita, memang tak jenuh, nak apply cuti tahunan pun memang susah. Kesian mereka. 

Betul ke mahal medical card ni? Ia bergantung dengan keperluan anda dan sekeluarga. Saya dah buat survey lebih kurang setahun berkenaan dengan medical card ni, range harga boleh la dikatakan dalam lingkungan RM37 keatas. Bergantung dengan umur dan juga keperluan. Kalau nak cerita tentang benefit, hampir kesemua medical card mempunyai benifit yang hampir sama. 

Dalam banyak-banyak medical card yang saya sudah survey, AXA E-medic merupakan antara medical card yang paling murah dengan pakej tanggungan yang munasabah. Jika anda masih belum ada medical card, saya sangat syorkan untuk anda membeli AXA E-medic. Semua urusan pembelian adalah secara online, jika anda beli untuk pakej keluarga, mereka ada beri additional 5% diskaun, selain tu, jika anda buat bayaran annually, anda akan dapat lagi diskaun 5% dari AXA E-medic. Ini menjadikan medical card anda akan belih murah. Seperti contoh, baru-baru ni saya ambil pakej family untuk pakej coverage RM100,00 seorang, saya cuma bayar RM195 sebulan. Lebih kurang macam bayar pakej UniFi jer kan.

Kat sini saya kongsikan 5 faedah yang anda sekeluarga dapat sekiranya ada Medical Card ataupun kad perubatan. Untuk permulaan, cuba beli medical card yang murah dahulu dan sesuai dengan keperluan anda sekeluarga. 

Jika anda sudah ada perlindungan insurans perubatan, (dah ada medical card), tidak dinafikan jiwa anda akan berasa tenang. Anda tak perlu risau sekiranya anda sekeluarga memerlukan rawatan kerana anda tahu, anda sudah ada persediaan yang memenuhi keperluan anda sekeluarga. 

Disebabkan hal ini lah, maka AXA E-medic memastikan bahawa setiap pelanggan mereka mendapat akses kesihatan yang terbaik. Sebab itu di AXA E-medic, mereka siap memberikan insurans perlindungan kepada bayi berumur dari 15 hari lagi.

Jika anda dilindugi insurans perubatan dari AXA E-medic, anda akan mendapat akses kepada lebih 140 rangkaian hospital swasta yang menyediakan kelas perkhidmatan terbaik kepada anda diseluruh negara. 

Anda tak perlu risau sekiranya melancong didalam negara, sekiranya perkara malang berlaku sebab AXA E-medic mempunyai panel hospital yang ada diseluruh negara. 

Bagaimana jika tak ada panel hospital yang berhampiran jika berlaku kecemasan? Itu pun jangan risau sebab anda boleh claim atau buat tuntutan kepada AXA selepas mendapatkan rawatan. 

Di AXA E-medic mereka menawarkan pilihan yang fleksibel kepada anda sekeluarga, ia bergantung kepada keperluan anda. Sebab itu, di AXA E-medic mereka menawarkan pelindungan dari serendah RM20,000, RM50,000 dan RM100,000 setahun manakala tak ada had limit untuk seumur hidup. Kesemua pakej diatas menawarkan bayaran untuk bilik sehingga RM250 semalam. 

AXA E-medic menawarkan perlindungan yang komprehensif, bukan sahaja anda perlu dimasukan ke wad, mereka juga menawarkan perlindungan untuk pre-hospitalization dan post hospitalization. Maksudnya, kos rawatan sebelum dan selepas anda dimasukkan ke wad juga dilindungi untuk sesetengah rawatan. 

Yes, anda tak perlu risau, sekiranya di dalam kecemasan anda tak perlu bayar apa-apa deposit sekiranya anda dilindungi insurans perubatan daripada AXA E-medic. Just inform saja pihak hospital yang anda dilindungi AXA E-medic, just bagi saja number kad pengenalan atau number medical card anda. 

Antara kelebihan AXA E-medic ialah cara permohonan yang sangat mudah. Semua transaksi adalah secara online. Anda boleh mula memohon di AXA E-medic terus DISNI

Selain tu, AXA E-medic ni juga menggunakan konsep e-card. Maksudnya, takda fizikal medical card yang akan diberikan. So anda tak perlu risau nak simpan medical card anda nanti akan memenuhkan dompet 🙂 So just download saja apps AXA melalui iOS ataupun Android. Tak perlu risau jika anda tertinggal medical card. 

Mahal atau tidak, ia bergantung kepada prioriti sesorang. Mungkin anda pun macam saya dulu, berfikiran negatif, nanti kalau tak claim duit yang kita bayar akan hangus macam tu je 🙂 Ya betul, apa yang tak hangus, event kita bayar bil internet atau astro yang boleh mencecah sehingga RM200 sebulan pun akan hangus kan. So, pendek kata, ia bergantung dengan keperluan individu. Kalau anda rasa medical card merupakan satu keperluan untuk anda sekelurga, saya cadangkan anda untuk bermula dengan AXA E-medic, sebab saya dah buat research lebih dari setahun, memang AXA E-medic ni antara yang terbaik dengan harga yang berpatutan dari serendah RM37 sebulan. 

Ops..bini hang keja goverment kenapa tak ambil pakej dari Cuepacs? Ya kan saya kata saya dah buat research, nak beli dari Cuepacs pun boleh, tapi agak leceh dan coverage masih lagi AXA E-medic yang lebih baik 🙂 

This Post Has One Comment

  1. insurans

    Hey! I could have sworn I’ve been to this blog before but after reading through some of the post I realized it’s new to
    me. Anyways, I’m definitely glad I found it and I’ll be bookmarking and checking back often!

Comments are closed.