Positive Vibes of Covid-19 ‘Living Room Make Over’ Project

Kalau tak gara-gara Covid-19 dan MCO/EMCO/RMCO whatever CO la, mungkin projek make over living-room ni tak siap-siap kot. Ye la, hujung minggu kalau tak cuti, malas la pula rasa nak buat housekeeping. Since banyak cuti yang  ‘terpaksa rela’  kena ambil sewaktu MCO/EMCO, I decided la continue projek makeover ni yang lama tergendala

History of this Living Room

Hahaha..ada sejarah la pula bilik ni..ye la tak kenal maka tak cinta

Before 'make over'

Sedih gak tengok gambar ni 🙂 Pada asalnya cat dinding ni warna putih, tapi saya cat sendiri konon nak match kan dengan warna sofa tu, itu pasal pilih warna oren, sekali dah siap macam warna van sekolah la pulak 🙂 

Gambar warna asal

Yup, ini lah gambar asal bilik ni sebelum di cat warna oren seperti gambar kat atas 🙂 BTW, lupa nak intro, yang ni 2nd living-room. Main living-room ada kat belakang bilik ni.

Kalau kamu perasan gambar kat atas tu ada 2 jendela. Ya basically kat sebelah bilik ni pada asal nya adalah ‘patio’ kecil. So end of last year (2019) saya decided nak tutup patio tu untuk dijadikan ‘stor’. Tingkap ni pun saya decided untuk tutup terus menggunakan bata. Kalau anda duduk kat Miri, nak buat renovation, buat custom made perabot ka boleh lah cari kawan saya yang buat ni. Boleh DM saya, nanti saya bagi number telefon, harga runding la sendiri 🙂 Yang pasti, hasil kerja memang tip top. 

Keadaan asal rumah ni, 'patio' disebelah 2nd living-room. Decide tutup terus jadikan 'stor'

‘Patio’ kat luar yang sudah ditutup dan dijadikan stor

Jom Come Back To Living Room 'Make Over'

Step seterusnya selepas renovation jadikan patio sebagai stor adalah memasang ‘wallpaper’. Untuk cover 3 dinding ni, 2 roll ‘Korean Wallpaper’ yang saya beli tak abis diguna. Masih boleh cover at least 1-2 dinding lagi. Wallpaper yang ni saya order online, termasuk kos penghantaran dari KL ke Miri satu roll cuma berharga RM330 sahaja, untuk dua roll RM660.

Wallpaper ‘New York’ ni pun saya order online melalui AliExpress. Kos untuk wallpaper ni cuma USD54.98 lebih kurang RM237, masa tu Covid-19 belum ada lagi, so delivery dari mainland China sehingga sampai ke rumah saya cuma mengambi masa 17 hari saja. Agak terperanjat juga la, sebab biasa order dari China, paling laju pun sampai 21 hari ke atas. Itu cerita sebelum Covid-19, kalau nak order barang dari China time covid ni, fuhh lamanya tak sampai. Saya ada order barang sejak 3/05/2020, sampai hari ni (6/6/2020) tak sampai-sampai lagi, lagi sedih satu barang stuck kat Singapore sebab takde connection flight 🙁 

Mesti mahalkan kalau pasang wallpaper. Ya, kalau direct beli wallpaper and suruh orang kat kedai pasang memang mahal giler 🙁 lebih-lebih lagi kalau kat Miri ni, paling murah pun kalau Korean Wallpaper satu roll mereka jual dalam RM550 belum termasuk pasang. Kos pemasangan range dalam RM120 – RM200 untuk satu roll ‘Korean Wallpaper’. Untuk projek ‘make over’ ruang tamu ni, seperti yang saya explain tadi, wallpaper saya order online, kemudian saya cari part time installer. Syukur la, saya dapat contact mereka berdua adik-beradik ni yang tolong saya pasang wallpaper, kalau harapkan saya sendiri yang pasang, memang confirm tak menjadi 🙂 

Pada mula nya saya agak terkejut juga, bila saya tanya mereka berdua berapa kos untuk pasang wallpaper, ermm..abang dia kata untuk install semua dinding ruang tamu tu charge pemasangan RM60. Ya beb, RM60 saja, tapi saya kena beli barang sendiri. Bukan sekali, saya rasa lebih dari 5 kali saya tanya berapa harga, sampai semua dah siap masih lagi lagi mereka kata RM60. Huhh..sayu hati saya dengar jawapan dia. Saya hulurkan lah lebih sikit, takkan nak bagi RM60 jer, kesian dah la mereka dua buat part time, siang hari keja, malam baru datang rumah saya untuk install, ada la dalam 3-4 malam mereka dua pasang, lebih kurang pukul 8pm start sampai jam 12 tengah malam baru balik. Tak kan nak bagi RM60 jer kan. Saya respect dengan mereka dua adik beradik ni, sanggup buat apa-apa jer kerja halal untuk dapatkan extra income. Kalau anda duduk kat Miri, nak suruh mereka dua install wallpaper boleh PM saya untuk dapatkan nombor handphone mereka ya. 

So, misi pasang wallpaper sudah selesai. Total kos wallpaper tak sampai RM1300 termasuk kos wallpaper, gam dan kos pemasangan. 

Selepas siap pasang wallpaper, maka terbengkalai lagi la projek ‘make over’ bilik ni 🙂 Ia lah, hujung minggu jer duduk kat rumah, takda masa nak buat housekeeping and cari idea nak buat macam mana lagi. 

Project During MCO / EMCO 'Make Over'

Selepas terbengkalai beberapa minggu, sewaktu MCO / EMCO we decided untuk buat housekeping anda ‘make over’ this second living-room. Sebelum ni, bilik ni memang jarang orang duduk, dalam setahun mungkin 2-3 kali jer lepak kat bilik ni. Malah sofa yang warna oren tu pun ‘jarang-jarang’ ada orang duduk. Kalau ada tetamu datang melawat pun biasa lepak kat main living room. So saya decide nak jadi kan bilik tu sebagai mini office a.k.a home office konon 🙂 

Perkara pertama yang kami buat adalah mengiklankan perabot lama kat sosial media. Ternyata sambutan sangat menggalakkan:) Tak sampai seminggu semua perabot lama yang tak digunakan lagi sudah habis dijual. So next step I decided to replace the old sofa with the new style as per picture above. Agak lama juga la nak  decide and justify dengan mem kenapa nak pilih patern ni. I cakap la, this room I nak buat ala-ala home office, so this area kira lobi menugggu kat opis gitu, haha. This chair I just beli kat Gucca Italy, with cost just RM2400 after negotiation with the salesman 🙂 Lepas tu I gantung jam yang ada timing New York / Paris / London. Jam ni I dah beli lama kat SSF Home. Tak ingat bila I beli, maybe last 3-4 years kot, harga pun lupa dah. Bawah jam tu tak abis lagi make over, sebab tu gambar bunga tu nampak lonely jer, plan nak simpan wording quote kat situ nanti. Nak order sekarang takut barang tak sampai-sampai pula 🙁 

Sold this sofa online for RM350.00

Lepas pasang wallpaper this area memang kosong, tak sempat nak hias lagi. So time MCO/EMCO ni kami decide nak do something  about it. 

Not much choice yang ada di Miri, lebih-lebih lagi sewaktu MCO/EMCO. Nak order online tak nak tunggu lama. We decided pergi ke SSF Home jer. So this portion of wall, we decorate using stuff from SSF Home. Average cost us around RM1060.

This area gonna be my working space at home. Ala-ala small office la kunun 🙂 I bought the table and chair quite sometime, around October 2019, it cost me RM600. Meanwhile for the flower, pasu, tier ladder rack and some of the accessories, we get it from SSF Home juga. It cost around RM553. Kalau takde VIP Membership, harga boleh tahan juga mahal. Time takde promotion kalau ada VIP membership boleh dapat harga 40% discount, untuk item yang ke-5 boleh dapat 50% discount. Some item macam overprice juga la kat SSF Home ni, tapi what to do, tak banyak pilihan kat Miri 

Basically banyak lagi nak kena tambah ni, tapi memandangkan keadaan EMCO/RMCO ni, pergerakan pun agak terbatas, pilihan pun agak limited. Hopefuly lepas keadaan kembali normal, nanti kita tambah-tambah lagi apa yang patut.

Hopefully it will give you some idea how to start and make over your room with minimum cost / budget. Next project maybe nak tukar semua pintu pula and make over main living room. Yang pasti tak tahu bila lagi 🙂 Kalau hujung tahun masih ada balance annual leave, boleh la start lagi. Hujung tahun nak melancong pergi oversea tahun ni kira tak dapat la, tak berani lagi, tunggu dulu bro Covid-19 ni lari ke planet lain.