3 Maut 26 Cedera Letupan di CityOne Megamall Kuching


3 orang dilaporkan terbunuh manakala 26 orang lagi cedera apabila satu letupan yang berpunca daripada saluran gas di salah satu kedai makan telah meletup dalam komplek membeli belah CityOne Megamall di Jalan Song, Kuching pada sekitar pukul 3.30pm pada 4hb Disember 2018.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, En Khirudin Draman, 2 orang mangsa yang meninggal merupakan rakyat tempatan yang bekerja sebagai kontraktor yang mengubahsuai kedai makan tersebut manakala seorang lagi mangsa yang meninggal berasal dari Pulau Pinang. Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, maklumat lanjut ketiga-tiga mangsa masih belum dikenalpasti.

Menurut beliau lagi, mangsa cedera disebabkan ditimpa serpihan bangunan yang runtuh disebabkan letupan tersebut. Menurut Khirudin lagi, salah seorang mangsa yang tercedera juga mengalami kecederaan parah.

Sementara itu, pihak pengurusan CityOne Megamall memaklumkan, pusat membeli belah tersebut akan ditutup serta merta buat sementara waktu.