Anak Sarawak Bantu Dubai Cipta Rekod Baru Di Ambang Sambutan Tahun Baru 2018

“Emaar’s Light Up 2018” mencipta GUINNESS WORLD RECORDS “persembahan cahaya & bunyi terbesar dari satu bangunan yang dipancarkan dari Burj Khalifa (PRNewsfoto/Emaar Properties)

Akhirnya secara rasmi kita sudah melangkah ke tahun 2018. Selamat Tahun Baru 2018, semoga tahun baru ini akan membawa kemakmuran, kesihatan, rezeki yang bertambah dan keamanan di seluruh dunia. Di kota-kota besar di seluruh dunia, bermacam acara yang dilakukan untuk menyambut ambang Tahun Baru. Pertunjukan bunga api atau cahaya berwarna-warni sudah pasti menjadi kemestian.

Tahun 2018 ini, sekali lagi ibukota Dubai mencipta sejarah yang dicatatkan di dalam Guinness World Records untuk pertunjukan cahaya dan bunyi yang terbesar diatas satu bangunan yang dipancarkan dari Burj Khalifa dan kawasan sekitar yang merangkumi 109,252 sq/m persegi.

Apa yang menarik tentang kejayaan ini ialah ia dibantu oleh 17 orang Unsung Hero dari Sarawak. Mereka telah bersama-sama dengan pasukan Light up Downtown Dubai 2018 untuk memastikan persembahan di ambang tahun baru ini menjadi suatu kejayaan dan persembahan yang menarik. Persembahan cahaya / bunga api dari Burj Khalifa ini telah disaksikan jutaan pengunjung yang datang ke Dubai untuk menyambut Tahun Baru dan juga disaksikan secara langsung kira-kira 2.5 Billion penduduk di seluruh dunia.

Secara tidak langsung, ini membuktikan rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya, tidak kurang hebat dengan penduduk lain di seluruh dunia. Dengan keberanian, usaha, ketabahan dan semangat anak Sarawak ini, sekali lagi Dubai berjaya mencipta rekod di persada dunia.

Berikut merupakan sedikit photo dan senarai 17 Unsung Hero dari Sarawak yang telah membantu menjayakan pertunjukan cahaya sempena sambutan ambang tahun baru di Burj Khalifa . (Sumber gambar dari facebook) Tahniah dan terima kasih kepada mereka kerana telah membantu membawa bendera dan mengharumkan nama negara Sarawak di persada dunia. Semoga mereka kembali kepangkuan keluarga dengan selamat.

(Muhd Nadzrie Asyarie, Lewis Cissper, Mohd Avie Azrine, Oliver Spencer, Glen Clark, Vision Wan Jemat, Sebastian Martin, Dickson Marten, Steward Paren, Fedrick Banta, Mangga, Bandang Selion, Johny Seman, Henry Talit, Kristianhasz Kalang, Lim Chen Wen, Billon) – senarai nama tidak mengikut urutan gambar

Anak Sarawak Bantu Dubai Mencipta Guinness World Record
Sarawak Boleh
Anak Sarawak Bantu ‘Burj Khalifa” catat Guinness World Record di ambang Sambutan Tahun Baru 2018

Jika anda turut merasa bangga diatas kejayaan mereka, jangan lupa untuk kongsikan kejaayaan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang pasti, rakyat Sarawak antara yang terhebat, jika diberikan peluang yang sama rata, kita mampu bersama-sama membangunkan negara Sarawak dan Malaysia amnya.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu