Sudah Claim RM500 Percuma Dari Kerajaan Untuk Anak Anda?

RM500 Percuma

Anda sudah claim RM500 percuma dari kerajaan untuk anak anda? Jika belum jangan lepaskan peluang untuk dapatkan RM500 secara percuma daripada kerajaan ya. Macam mana cara nak dapatkan RM500 secara percuma ni?

Jika anda mempunyai anak yang berumur 7 – 12 tahun, anda layak untuk mendapat RM500 secara percuma daripada kerajaan jika anda menyimpan di dalam SSPN1M dan akaun anak anda telah mencapai simpanan RM500 untuk tahun 2018.

Apa itu SSPN1M?

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak

Betulka ada RM500 percuma ni?

Ia dipanggil Geran Sepadan RM500. Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500.

First Come First Serve

Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). Jika anda lambat dan peruntukan sudah habis, harap maaf ya, anak anda tak akan menerima Geran Sepadan RM500 ni. So bertindak lah dengan cepat.

Anda belum buka akaun SSPN1M untuk anak anda?

Tak perlu risau, jika anda sibuk boleh buka akaun secara online. Akaun SSPN1M boleh dibuka/ ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan.

Anak Anda Sudah Ada Akaun SSPN1M?

Tahniah jika anak anda sudah ada akaun SSPN1M, anda tak perlu buka akaun yang baru untuk melayakkan anda menerima RM500 secara percuma, apa yang anda perlu buat, dalam tahun 2018 ni kena simpan sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun anak anda, apabila simpanan sudah mencapai RM500, maka pihak kerajaan akan depositkan Geran Sepadan RM500 ke dalam akaun anak anda (kena ingat, kuota hanya untuk 500,000 yang pertama sahaja atau berjumlah RM250juta, jika kuota dah penuh tiada lagi pemberian Geran Sepadan RM500)

Bila Insentif Geran Sepadan RM500 ini akan dikreditkan?

Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan mulai 10 haribulan berikutnya di Portal Rasmi PTPTN atau menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk info lanjut.

Geran Sepadan RM500Gambar diatas merupakan contoh Insentif Geran Sepadan RM500 yang telah dikreditkan ke dalam akaun anak saya. Owh ya, bagaimana jika umur anak saya belum mencecah 7 tahun? Mengikut pengalaman saya, anak saya yang bongsu baru berumur 6 tahun 2 bulan sewaktu buka akaun, tapi dia layak juga mendapat Insentif Geran Sepadan RM500. So maybe sistem dia kira tahun instead of bulan.

Download FREE HSE Report Tempate
Enter your email address and click on Download Now button.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else
Close Menu