Penduduk Rumah Panjang Tr Salin Cipta Sejarah

Sejarah Tercipta di Sarawak.
Pertama Kali penduduk rumah panjang datang ke pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk mendapatkan nasihat keselamatan kebakaran sebelum membina rumah baru.

Seramai 16 Ketua Bilik yang di ketuai oleh Tuai Rumah Tr Salin Ak Abong ke Pejabat Zon 6 Miri berbincang mengenai keselamatan kebakaran rumah panjang.
Perkara yang dibincangkan ialah seperti berikut.
1. Party wall
2. Wiring.
3. Jalan masuk.
4. Hydrant.
5. Bahan binaan.
6. Design rumah panjang yg disyorkan oleh kerajaan negeri.
7. Insuran
8. Latihan keselamatan kebakaran.
9. Penubuhan bomba komuniti.

Rumah panjang ini akan dibina sepanjang 34 pintu.

Adalah amat membimbangkan kebalakangan ini semakin kerap berlaku kejadian kebakaran rumah panjang. Ia bukan sahaja meyebabkan kerugian dari harta benda, malah kadang-kadang melibatkan kehilangan nyawa. Kerjasama di antara jabatan Bomba dan penduduk rumah panjang amatlah digalakkan untuk mencecah kejadian kebakaran rumah panjang

Diharap ketua kampung dan penduduk-penduduk kampung yang lain dapat mengambil inisiatif serupa dan bekerjasama bukan sahaja dengan pihak Bomba malah pakar-pakar yang lain untuk meningkatkan tahap keselamatan di rumah panjang, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran.

Penyertaan daripada pihak swasta ataupun organizasi juga amat digalakkan untuk membantu penduduk-penduduk di rumah panjang memahami dan belajar cara-cara untuk mencegah kebakaran.