eGUMIS – Cara Semakan Online Wang Tak Dituntut

Wang Tak Dituntut

Sejak hampir 2 tahun ni, rakyat Malaysia heboh bila pak menteri memaklumkan ada berbilion wang tak dituntut oleh rakyat Malaysia yang disimpan oleh pihak kerajaan. Maka ramailah yang berpusu-pusu pergi ke pejabat Jabatan Akauntan Negara untuk membuat semakan. Manalah tahukan, kot-kot ada bilion-bilion duit atas nama kita yang tak sengaja tak dituntut 🙂 Berita baiknya, mulai tahun 2020 ni, sempena Tahun Malaysia menjadi negara Maju, (Impian Wawasan 2020), anda dah tak perlu lagi pergi ke Jabatan Akauntan Negara, just semak jer secara online. Senangkan..so tak perlu lagi risau, anytime boleh buat semakan. Tak tahu macam mana nak buat semakan? Jangan risau, ni saya sertakan contoh-contoh macam mana nak buat semakan online wang tak dituntut menggunakan sistem eGumis online Jabatan Akauntan Negara. 

Daftar Akaun Dulu

Sabar ya, sebelum boleh buat semakan kena buat pendaftaran akaun dulu. Nak buat pendaftaran senang jer, terus masuk website eGUMIS kat sini https://egumis.anm.gov.my/

Boleh lihat contoh langkah-langkah seterusnya seperti kat dalam gambar dibawah:

Semakan Wang Tak Dituntut
Selepas pergi ke website egumis, klik pada bahagian 'Pendaftaran'
egumis semakan online wang tak dituntut

Masukkan maklumat peribadi dan juga nama pengguna serta password. Ala senang jer macam create akaun email atau facebook tu la. Make sure alamat email boleh diakses ya. Just in case terlupa user ID dan password, boleh juga refer balik kat email. 

Semak online wang tak dituntut

Selepas masukkan maklumat peribadi, nama pengguna dan password, jangan lupa untuk pangkah kat tempat pengakuan & pengesahan yang anda bukan robot seperti gambar kat atas tu. Lepas tu klik ‘Daftar’. You are good already. So your akaun sudah didaftarkan di dalam sistem eGumis untuk buat semakan wang tak dituntut (WTD). Tunggu apa lagi, boleh la check ada ke tak wang yang tak dituntut kat Jabatan Akauntan Negara. Harap-haraplah ada kan. Tapi sebelum tu kena log-in dulu ke dalam akaun la. Kalau browser anda tak bawa anda terus ke log-in page, just pergi main page and klik kat ‘Log Masuk’. Kalau kamu guna versi bahasa English sampai hujung tahun pun memang tak jumpa ‘Log Masuk’ tu, so just klik ‘Log-in’ la ya 🙂 

semakan online wtd

Untuk log masuk ke akaun anda, gunakan nama pengguna ataupun user ID dan password yang telah kamu masukkan masa buat pendaftaran tadi. Kalau terlupa boleh semak kat email yang kamu guna untuk pendaftaran tadi. Tapi kadang-kadang sistem mereka tak secara automatik, macam kes saya, lebih 12jam baru email sampai. Lambat cerita kan 🙂 So bila dah log in ke dalam akaun, perkara pertama yang sistem suruh anda buat ialah menukar kata laluan. Make sure tukar dulu, kemudian baru masukkan maklumat wajib di ruangan ‘Maklumat Pengguna’. Selepas selesai jangan lupa klik ‘Simpan’. Kalau anda tak follow langkah tu, memang tak dapatlah nak semak online wang tak dituntut anda. Boleh rujuk kat gambarajah dibawah.

egumis jabatan akauntan negara

Selepas ikut langkah diatas, sistem akan automatik bawa anda ke dashboard seperti gambarajah dibawah. Untuk membuat semakan, just klik pada ‘Carian wang Tak Dituntut’ kemudian sistem akan bawa kamu ke next page. 

Wang Tak Dituntut
Dashboard Pengguna

Sistem akan bawa kamu ke next page seperti dibawah. Kemudian masukkan number kad pengenalan dan klik ‘cari’

Jabatan Akauntan Negara wang tak dituntut

Selepas anda klik ‘cari’ paparan maklumat akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah. Jika ada wang tak dituntut ia akan dipaparkan didalam sistem. Tapi agak malang bagi saya, sebab tak ade rekod 🙂 Nampak sangat takde duit..haha

Ok guys, semoga panduan ini dapat membantu anda untuk membuat semakan online wang tak dituntut. So tak perlu lagi pergi ke pejabat Jabatan Akauntan Negara. Jangan lupa juga share panduan ni kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang belum membuat semakan lagi. Mana tahu mereka ada wang tak dituntut kat akaun Jabatan Akauntan Negara, sayang juga duit tu.

Tapi kalau kamu senasib dengan saya, jangan sedih. Kita boleh usaha cari duit dengan cara lain seperti online business ke 🙂 Nak ke buat buat online business, saya ada share 10 jenis perniagaan online yang semakin meletup di tahun 2020 ni. Tapi kalau malas nak berniaga takpe, saya ada juga share cara memulakan career di dalam bidang safety. Boleh check kat sini ya.

So apa tunggu lagi, boleh daftar sekarang dan semak online kat sini https://egumis.anm.gov.my/