
Akhir November 2016 yang lalu tepatnya pada 27/11/2016 kami sekeluarga telah bercuti ke Bandung & Jakarta. Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 0950hrs dan mendarat di lapangan terbang Jakarta lebih kurang pukul 1050hrs waktu tempatan. Cuaca agak baik sewaktu kami mendarat. Sampai saja di airport, kami telah dijemput oleh ‘Supir’ yang kami telah tempah untuk membawa kami terus ke Bandung. Kami memilih menggunakan perkhidmatan supir (pemandu + kenderaan) bagi memudahkan lawatan memandangkan di Bandung / Jakarta belum ada perkhidmatan subway, lagipun tempat2 yang kami ingin lawati berada agak jauh.
Kami menggunakan perkhidmatan supir yang disediakan oleh “Best City & Tour Travel Bandung”. Sebelum berangkat saya telah berkomunikasi dengan Cik Nabila. Dia banyak membantu persediaan sebelum kami tiba. Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan supir di Bandung, sangat disyorkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Cik Nabila, dia sangat pantas dalam menjawab sebarang pertanyaan. Kami banyak berhubung melalui whassap (+62 822 1426 8400). Malah beliau juga menyediakan itinerary untuk lawatan kami sepanjang di Bandung. Selain itu beliau juga menyediakan Pulsa (Sim Kad) yang kami tempah. Supir kami Pak Cacha (+62 822 1642 9126) juga banyak membantu lawatan kami sepanjang kami berada di Bandung. Dari segi harga, sangat berbaloi, kami hanya membayar Rupiah 1,950,000 atau lebih kurang RM660 sahaja untuk perkhidmatan menjemput kami dari Airport Jakarta dan lawatan di Bandung selama 4 hari.

Perjalanan dari Airport Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sepanjang perjalanan ke Bandung, Pak Cacha bermurah hati membenarkan kami menggunakan data internet beliau, kerana sim kad yang kami tempah belum diambil lagi. Kami sampai di Bandung dan langsung di hantar ke hotel penginapan kami di Grand Pacific Hotel, Cicendo, Bandung, Indonesia lebih kurang pukul 3.30 waktu tempatan. Selepas berehat sebentar, Pak Cacha mengambil kami di hotel pukul 6pm untuk memulakan lawatan kami di Bandung.


Pak Cacha membawa kami ke Jalan Riau / Dago yang terletak lebih kurang 15 minit menggunakan kenderaan dari hotel tempat kami menginap. Kerana sudah agak lewat, kami hanya sempat singgah di beberapa outlet sahaja. Selepas itu Pak Cacha menghantar kami ke restoran “The Stone Cafe” untuk dinner yang terletak di atas puncak gunung sekitar daerah Dago. Tempat ini sangat sesuai dan menarik, selain menikmati makanan, kami juga dapat melihat permandangan kota Bandung dari puncak gunung sambil dihiburkan dengan nyanyian secara live. Ada pelbagai menu yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Jika anda berkunjung ke Bandung, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan malam di sini. Sesuai untuk semua golongan. suasana nya sangat romantis dan aman, lebih cocok untuk yang lagi pacaran atau honeymoon gitu..hehe

Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 1030 malam, mengakhiri jadual hari pertama kami di Bandung. Kalau nak suasana yang tenang saya syorkan untuk menginap di sini Grand Pacific Hotel, Cicendo, Bandung, Indonesia selain wifi yang konsisten, menu breakfast juga tidak kurang sedapnya. Sangat selesa menginap di sini sekiranya kamu berada di Bandung menggunakan perkhidmatan supir.



Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti, kepada yang masih dalam perancangan untuk bercuti semoga entry ni dapat membantu lebih-lebih lagi yang nak bercuti ke Bandung ya. Nantikan cerita seterusnya ok..
