Jalan-jalan ke Kawah Putih, Bandung

Jadual pada hari ke-3 di Bandung agak padat kerana destinasi kami seterusnya melawat Kawah Putih yang terletak lebih kurang 2 – 3 jam perjalanan dari Bandar Bandung. Kami bertolak dari Hotel lebih kurang pukul 10am. Jika anda ingin berkunjung ke Kawah Putih, boleh membuat tempahan di sini ya.

Permandangan menarik di Kawah Putih (Picture by Andrew L. Salin)

Kawah Putih merupakan satu lagi destinasi yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi  sekiranya anda berada di Kota Bandung. Kawah Putih merupakan kawah yang terbentuk daripada letupan gunung berapi, dan kawah tersebut dipenuhi dengan air yang seakan-akan berwarna putih disebabkan kandungan sulfur daripada gunung berapi. Kawah Putih merupakan gunung berapi yang masih aktif, namun begitu tidak perlu risau sekiranya anda bercadang untuk melawat ke sana, kerana amaran akan diberitahu lebih awal sekiranya keadaan tidak selamat untuk dikunjungi.

Permandangan indah disepanjang jalan menuju ke Kawah Putih (Picture by Andrew L. Salin)
Pedati Kuda merupakan pengangkutan awam utama di Kawah Putih (Picture by Andrew L. Salin)

Permandangan dari kota Bandung ke puncak Kawah Putih sangat menarik, selain melewati beberapa pekan kecil, kami juga melewati kawasan-kawasan perkampungan. Menurut Pak Cacha, pedati kuda merupakan salah satu pengangkutan utama di kawasan perkampungan kerana di kawasan puncak gunung tidak ada pengangkutan awam seperti teksi.

Harga Tiket Masuk ke Kawah Putih

Tempat membayar tiket untuk masuk ke Kawah Putih (Picture by Andrew L. Salin)

Harga tiket untuk seorang (dewasa & kanak2) adalah RP50,000 dan bayaran kenderaan masuk ialah RP150,000. Untuk mengelakan kesesakan di pintu masuk ke Kawah Putih terutama pada waktu cuti, supir kami telah membawa kami singgah untuk membeli tiket di salah satu agen yang terletak di sepanjang laluan ke Kawah Putih. Sewaktu kami sampai sana, terdapat ramai pelancong tempatan dan juga dari Malaysia. Untuk memudahkan itenary, anda boleh membuat tempahan disini.

View Kawah Putih, Bandung (Picture by Andrew L. Salin

Penutup muka (dusk mask) ada dijual disekitar kawasan sebelum kita turun ke kawah, biasanya dusk mask dijual pada harga RP5,000 sekeping. Ketika berada di sekitar kawah, anda boleh dapatkan khidmat freelance photographer. Untuk sekeping gambar yang terus dicetak disana, mereka charge sekitar RM6 sekeping beserta dengan softcopy gambar tersebut. Untuk khidmat tambahan anda boleh menyuruh mereka mengambil gambar menggunakan camera anda sendiri tanpa bayaran. Kebaikan menggunakan khidmat mereka ni, mereka dah biasa dan tahu tempat mana yang paling sesuai dan menarik untuk merakam gambar anda.

Glamping Lake Side, Bandung (Picture by Andrew L. Salin)

Dalam pada itu, supir kami Pak Cacha juga mencadangkan supaya selepas ke Kawah Putih kami terus melawat Glamping Lake Side di Patenggang Ciwedey yang terletak lebih kurang 30 minit daripada Kawah Putih. Glamping Lake Side ni merupakan salah satu destinasi pelancongan di Bandung yang baru dibuka. Ia merupakan satu resort yang terletak disekitar tasik.

Chalet yang terdapat di Glamping Lake Side (Picture by Andrew L. Salin)

Disini ada juga restoran yang direka bentuk seakan-akan sebuah kapal menghadap ke arah tasik. Kami sempat singgah untuk makan tengah hari di restoran tersebut. Makanan kat sini boleh tahan juga sedapnya, harga pun berpatutan. Anda boleh menikmati makanan sambil bersantai dan menikmati keindahan di sekitar tasik ini. Bagi yang ingin bermalam, resort ini juga ada menyediakan bilik. Sangat sesuai sekiranya anda inginkan suasana sunyi dan lari seketika dari hiruk pikuk kota.

Restaurant di Glamping Lake Side (Picture by Andew L. Salin)
Gambar kenangan di ladang teh (Picture by Andrew L. Salin)

Kami bertolak pulang ke Kota Bandung lebih kurang pukul 4.15pm dan sempat singgah sebentar di ladang teh untuk mengambil gambar ala-ala cerita Hindi..hehe. Disebabkan sudah agak lewat kami tidak singgah di ladang strawberry.

Sebelum pulang ke hotel, Pak Cacha membawa kami singgah ke area Cibaduyut. Area Cibaduyut ni terkenal dengan barangan kulit. Kami sampai di area Cibaduyut sekitar pukul 7.30pm dan tidak sempat untuk berjalan disekitar pasar Cibaduyut kerana Pak Cacha terus menghantar kami ke Toko “Grutty Shoes”.

Toko “Grutty Shoes" Cibaduyut Bandung (Picture by Andrew L. Salin)
Pelbagai jenis beg kulit di Cibaduyut (Picture by Andrew L. Salin)

Di toko ini kita boleh mendapatkan hampir kesemua barangan kulit yang ada dijual disekitar Cibaduyut. Selain menjual barangan kulit seperti kasut, beg, dompet, jaket, kedai cenderamata juga ada terdapat disini. Bagi yang lapar, anda boleh singgah ke restoran yang terletak di tingkat 3. Toko ni tutup sekitar pukul 9pm dan ini mengakhiri lawatan kami sekeluarga untuk hari ke-3. Disebabkan sudah agak lewat dan anak-anak pun kepenatan, kami hanya sempat ‘tapau’ makanan di KFC sebelum balik ke Hotel.
Terima kasih kerana sudi baca,jika ada kesempatan nanti kita share pula part Transtudio Bandung, Pasar Baru, Toko 3 dan lain-lain ya.