Perbezaan Diantara Safety Audit & Inspection

Audit Keselamatan dan Pemeriksaan Keselamatan (Safety Audit and Inspection) merupakan salah satu tugas hakiki yang perlu dilakukan oleh seorang pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pendek kata, safety audit atau inspection ni merupakan salah satu tugas penting yang seorang Safety Practitioner kena buat. Safety Audit dan Safety Inspection ini juga merupakan elemen yang sama penting nya bagi memastikan tempat kerja dalam keadaan yang sihat dan selamat untuk semua. Bagi yang baru berkecimpung didalam bidang safety ni, kadang-kadang mungkin ada kekeliruan juga apa yang dimaksudkan dengan safety audit atau safety inspection ni. Adakah ianya perkara yang sama? Dalam tulisan kali ini, saya nak share apakah perbezaan di antara safety audit dan juga safety inspection. Bagi otai-otai, jika ada kesilapan harap jangan segan untuk perbetulkan ya 🙂 

Pemeriksaan Keselamatan atau Safety Inspection merupakan satu aktiviti pemeriksaan keadaan, situasi atau benda (thing) di tempat kerja, bertujuan untuk mengenalpasti hazard, risiko dan penambahbaikan terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh kita membuat pemeriksaan terhadap jentera atau perkakas yang digunakan ditempat kerja. Tujuan nya bagi memastikan jentera atau perkakas tersebut di dalam keadaan yang selamat digunakan dan tidak mendatangkan risiko kepada pengguna. Selain itu, kita juga mungkin memeriksa keadaan atau situasi di tempart kerja, sebagai contoh kita membuat pemeriksaan di persekitaran tempat kerja bagi mengenalpasti apakah keadaan atau situasi di tempat kerja kita selamat. Contohnya, jika kita bekerja di dalam kilang, apakah kawasan tempat kerja kita mendapat pencahayaan yang mencukupi, ada tak bunyi bising yang berlebihan, bagaimana dengan susun atur atau housekeeping di tempat kerja tersebut.  

Kebiasaannya, bila kita membuat pemeriksaan di tempat kerja, kita akan ada checklist yang digunakan bagi memudahkan kita mengenalpasti hazard atau keadaan yang tidak selamat. Ia bertujuan digunakan sebagai rujukan dan juga rekod bahawa kita telah membuat pemeriksaan. Namun begitu ia bergantung kepada organisasi tersebut samada penggunaan checklist merupakan satu keperluan atau tidak. 

Selain itu, pemeriksaan keselamatan ini juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak semestinya Safety Practitioner. Namun begitu, Safety Practitioner hendaklah mengetuai atau menguruskan (coordinate) pemeriksaan keselamatan tersebut. Sebagai contoh, jika di tempat kerja tuan-tuan ada banyak jentera yang digunakan, contohnya crane, orang yang paling layak untuk membuat pemeriksaan terhadap crane tersebut adalah pemandu crane, sebab dia yang mengendalikan crane tersebut. Sebagai Safety Practitioner, roles kita mungkin memperkenalkan check list yang harus digunakan dan juga memastikan bahawa crane tersebut benar-benar telah diperiksa. 

Kekerapan pemeriksaan. Ini bergantung dengan keadaan risiko dan juga polisi organisasi tersebut. Jika risiko tinggi, adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan lebih kerap, malah ada juga organisasi yang membuat pemeriksaan setiap hari bagi jentera atau mesin yang digunakan. Selain itu, jangan lupa juga keperluan undang-undang, sebagai contoh jika ada memasang perancah atau scaffolding, ia perlu diperiksa oleh orang yang kompetent dan kekerapan hendaklah selari dengan kehendak undang-undang.

Rekod pemeriksaan juga perlu disimpan, selain akan digunakan sebagai supporting dokumen untuk apply Green atau Yellow Book, ia juga mungkin diperlukan sebagai bukti sewaktu audit keselamatan dijalankan 🙂 

Audit Keselamatan atau Safety Audit selalunya dijalankan bagi mengenalpasti pematuhan sesebuah organisasi terhadap OSH Management System, apakah organisasi tersebut mematuhi Dasar Keselamatan (Safety Policy), Standard Operating Procedure atau keperluan undang-undang.  Selain itu, ia juga boleh dilakukan bagi mengenalpasti pematuhan terhadap perjanjian perniagaan (contract requirements) berkaitan dengan perkara keselamatan dan kesihatan.

Sebelum safety audit boleh dijalankan ada beberapa perkara penting yang perlu ditetapkan. Sebagai contoh, audit kriteria dan skop audit. Maksudnya, audit tersebut akan dibuat berdasarkan kriteria apa? Adakah berdasarkan OSH Management System seperti ISO45001:2018 atau, adakah audit tersebut dibuat berdasarkan legal atau contractual requirement? Selepas audit criteria dikenalpasti, audit skop juga harus ditetapkan. Audit skop maksudnya, kita nak audit bahagian apa, kontrak mana atau kawasan mana? Sebagai contoh, jika organisasi kita ada beberapa buah kontrak, adakah audit tersebut akan meliputi kesemua kontrak atau sebahagian saja, adakah kita akan audit semua kawasan atau cawangan operasi kita? Mungkin juga organisasi kita menjalankan beberapa jenis aktiviti perniagaan, adakah kita akan audit semua atau sebahagian daripada jenis aktiviti tersebut. Ini merupakan perkara asas yang harus ditetapkan sebelum kita memulakan audit.

Selain itu, kita juga harus menentukan audit team dan juga auditor. Maksudnya, kena kenalpasti siapa yang akan menjalankan audit dan juga kena kenalpasti siapa yang akan kita audit.  Selalunya, bila audit dijalankan akan ada seorang yang akan mengetuai audit tersebut, atau lebih glamour lagi kita panggil ‘Lead Auditor’. Kemudian kita kena tentukan jadual bila audit tersebut dijalankan. Jangan lupa inform atau bagitahu pihak yang kena audit awal-awal ya, tak boleh tiba-tiba datang cakap kita nak audit dia. Nanti tak pasal-pasal ada yang pengsan mengejut 🙂 Sebab perkataan audit ni agak sensitive. Sebab tu banyak dah organisasi tak nak guna perkataan audit, kita tukar guna perkataan Safety Assurance. Sedap sikit di dengarkan, kita nak assure atau memastikan apa yang kita buat mematuhi OSH Management atau Procedure yang telah kita tetapkan. Selain itu, pasukan auditor atau audit team member juga seboleh-bolehnya telah dilatih untuk menjalankan audit. Lagi satu kena ingat, bila kita buat audit, kita bukan cari salah orang, kita nak pastikan bahawa apa yang organisasi kita buat adalah mematuhi atau selari dengan apa yang telah organisasi kita tetapkan samaada dalam OSH Management System, Procedures, Legal Requirement mahupun contractual requirement.

Dipendekkan cerita, selepas selesai buat audit, kita mesti keluarkan satu audit report. Dalam report kena bagi detail berkenaan dengan audit finding, ada tak non-compliance. Bila bagi non-compliance, jangan pula bagi suka suka jer ya, mesti ada non-compliance to which criteria? Sebab tu sangat penting, sebelum audit dibuat, kita kena explain audit tersebut dibuat berdasarkan criteria apa 🙂

Sewaktu kita buat safety audit, dalam proses tersebut juga mungkin melibatkan pemeriksaan keselamatan. Sebab dalam audit ada beberapa method atau cara yang kita gunakan, sebagai contoh mungkin kita review dokumen, pergi ke site untuk membuat pemeriksaan tentang compliance, interview atau memerhatikan orang melakukan sesuatu kerja tersebut (observation) 

Saya berharap, anda dapat idea sedikit bagi membezakan apa itu safety audit dan juga safety inspection. Of course sebagaimana apa yang saya selalu katakan, bukan semua perkongsian saya 100% betul, mungkin lain orang lain cara dan pemahaman mereka, yang penting kita sama-sama belajar dan improve 🙂 

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika ianya bermanfaat. 

Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan SHO NIOSH, jika anda masih menghadapi masalah nak siapkan Workplace Assignment atau masih kurang yakin untuk lulus peperiksaan tersebut, saya ada share V-Book yang mungkin boleh membantu anda menyediakan Workplace Assignment Paper 4 dengan lebih yakin. Anda boleh dapatkan V-Book tersebut DISINI. 

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video

This Post Has One Comment

  1. Billy

    Terbaik infonya tuan

Comments are closed.