Tugas Safety and Health Officer

Ok guys, anda sudah baca bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali sebagai Safety & Health Officer? Jika belum jangan lupa baca ya, mana tahu ada yang berminat nak jadi Sipti Opisa tapi tak tahu macam mana nak bermula.

Apakah Tugas Safety and Health Officer?

Kali ini saya ingin berbincang berkenaan dengan tugas-tugas hakiki atau tugasan wajib seorang SHO kena buat. Yes..mesti la kena tahu kan apa kejadah kerja SHO ni glamour sangat sampai awek berebut-rebut nak cari pakwe SHO 😊 opss..itu untuk yang bujang la..kalau yang dah ‘taken’ tu jangan nak berangan bang..kang tak pasal-pasal kena lempang mak datin.

Senarai Tugas Safety and Health Officer?

So kat sini saya buat summary apa yang seorang Safety & Health Officer kena buat mengikut kehendak undang-undang. Ni bukan suka-suka copy paste job description tau. Siap kena ikut akta dan peraturan lagi, mana tak dasyatnya bro, patutla saham SHO banyak laku.

Mengikut Akta Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan 1994 (Akta 514), didalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997

Tugas yang wajib dilakukan oleh Safety and Health Officer (Peraturan 18 - SHO Regulations 1997)

(Ini part paling penting bro..tugas kita just bagi NASIHAT, bukan enforcement, jangan pandai-pandai nak paksa bos buat atau para pekerja lain buat, kang tak pasal-pasal keluar dari gate tengok tayar keta pancit, cermin pecah bla..bla..bla..part ini SHO selalu fail. Asal kita dah bagi nasihat, dorang nak ikut ke tak itu dorang punya pasal, yang penting kita dah bagi nasihat tapi kena ingat mesti ada hitam putih. Ko cakap banyak takde black & white pun takde guna bang, kang accident berlaku nanti apa bukti ko ada yang ko dah bagi nasihat? Cam mane nak dapatkan hitam putih? Ala..tak payah la complicated, lepas ko pot pet pot pet masa toolbox meeting ka, masa monthly meeting ka buatlah report, kalau malas sangat follow-up by email. Contohnya, Dear Project Manager, base on our discussion earlier this email is to serve as a reminder…bla..bla..blaa last sekali jangan ko minta naik gaji, kang kena fire immediately)

Ini straight to point la, ko kena buat inspection untuk semua peralatan atau perkakasan yang ada kat tempat kerja. Kalau ada yang perlu diperbaiki kena report kat bos untuk ambil tindakan. Macam mana ni bro..bukan sikit mesin kat tempat keja tu, takde can la nak ngeteh kalau camni. Relax bro, kat sini kena bijak sikit, janganlah kita buat semua. Bayangkan kalau lori jer dah 50 biji, belum lagi mesin, sampai bila-bila pun tak abis nak buat inspection. So macam mana kita nak buat? Apa susah-susah bro, buat jer checklist, tentukan berapa kerap nak buat inspection than assign la siapa yang perlu buat inspection.

Contoh kalau forklift, bagi la kompetent forklift driver yang inspect, dia yang pakar dalam forklift so dia kena inspect & bagi report kat kita. Kita tinggal pastikan dia betul-betul buat & review report dia jer. Kalau ada apa-apa action item yang perlu dibuat sebagai contoh dalam report forklift driver kata tayar not good, no more flower need to change the tire before it cannot makan brake. So kita highlight kat management suruh management tukar tayar. Bila kita dah highlight itu dah consider comply dengan job scope (a) tadi. Management nak tukar ke tidak itu dia punya hal la, lain kali kang forklift tu accident kita tunjuk report kat boss pula, kan aku dah cakap suruh tukar tayar ko tak nak, so sekarang bos jawablah dengan DOSH. Senang jerk kan..tak payah nak pening-pening kepala..ingat kita bukan Enforcement Officer.

"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"

Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat. 

Play Video

Kalau tuan-puan pernah berangan nak jadi Inspektor Polis dan masuk department siasatan tetapi tiap kali ujian fisikal tak pernah lepas, jangan risau, kat sini tuan-puan boleh tunjukkan skill tuan-puan untuk menyiasat apa-apa insiden.

Ini sebabnya kenapa Safety Plan itu penting. Apa itu safety plan  bang? Macam-macam nama orang industry bagi, ada yang panggil HSE Plan, OSH Plan, ESH Plan, lantak lah nak panggil apa. Yang tuan-puan kena faham apa itu ‘plan’. Kekadang saya naik geram juga bila interview bebudak baru nak up ni, dalam CV bukan main canggih lagi tulis work experience, bila tanya apa itu Safety Plan terkebil-kebil lidah nak cakap. Apa yang susah nya bang.. safety plan ni ko punya program berkaitan dengan safety la. Apa-apa akviti berkaitan dengan safety di tempat kerja sebagaimana dikehendaki dalam tugasan (d) tersebut. Contoh progam yang tuan-puan boleh buat, aktiviti ceramah kesihatan, aktiviti gotong-royong membersihkan kantin, emergency drill exercise dan sebagainya.

Jika sebelum ni tuan-puan ada cita-cita nak jadi Setiausaha kepada MD, CEO tapi tak juga kesampaian, paling dasyat lagi jika tuan-puan asyik berangan nak jadi Political Secretary tapi tak pernah join mana-mana parti politik, tak usah khuatir lagi, disini lah tuan-puan menunjukkan bakat yang ada. Secara automatik mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, seseorang SHO akan menjadi pemegang jawatan sebagai Setiausaha yang SAH di dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. So jangan pandai-pandai nak jadi Pengerusi pulak.

Macam best jer ayat peraturan ni, ‘membantu’..basically kita kena lead dan bawa ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kalau tak sampai mesyuarat terakhir untuk tahun tu pun kalau ada action items tak akan close. So pandai-pandai la nak pastikan ahli jawatankuasa ni bagi kerjasama dengan kita.

Yang ini sangat penting, kalau tak nanti bos akan cepat perasan kita tak buat keja asyik mengular ja. Sebab selalunya data ni kita tayang besar-besar kat depan site atau opis kita. Iya la, kalau tak tayang besar-besar orang tak tahu pula kita ambil berat pasal safety & health kan. Lepas tu bubuh signage “Safety First” besar-besar.  Ko bayangkan 4 – 5 bulan baru ko nak update, kalau ko terkena dengan MD atau tauke yang ade Green Book, tak ke naya ko menjawab nanti. So kena update paling tidak sebulan sekali, nak nampak lagi cantik update la setiap hari kalau dah takde kerja lain, tapi jangan lupa masukkan dalam report pula ko punya statistik.

Tugas ni pun simple jer, sebagai SHO, kita memang kena siap sedia untuk membantu mana-mana pegawai di syarikat kita yang melibatkan perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pendek kata, asal saja ada elemen safety, orang memang akan cari dan taichi dengan kita 🙂

Sesunguhnya, percaya lah tuan-puan, jika anda tak faham tugas-tugas hakiki tuan-puan sebagai SHO ditambah dengan majikan atau bos anda yang tak nak tahu langsung berkaitan dengan Akta, maka tak hairan lah tuan-puan akan menjadi sesangat sibuk bin busy dengan bermacam-macam tugasan yang tak berkaitan dengan tugas SHO, antara contoh tugasan yang kerap ditaichikan kepada SHO seperti mengira manhours + OT, jadi sekuriti officer, jaga pintu gate takut ade staffs yang ponteng dan macam-macam lagi keja yang tak berkaitan dengan tugas SHO. So, anda kena bijak & tunjukkan power kamu bahawa seorang SHO merupakan seorang pekerja yang termaktub dibawah Akta 514 dan “Peraturan-peraturan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan”.

Menyediakan Laporan (Peraturan 19 - SHO Regulations 1997)

Laporan yang disediakan sekurang-kurangnya memenuhi kehendak subperaturan berikut:

(a) apa-apa tindakan yang perlu diambil oleh majikan untuk mematuhi kehendak Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;

(b) cara untuk mewujudkan dan mengekalkan keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja;

(c) jumlah dan jenis kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja termasuk jumlah orang yang cedera sama ada melibatkan kecederaan masa hilang atau kecederaan tanpa masa hilang;

(d) apa-apa jentera, loji, peralatan, perkakas, bahan atau proses atau jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja dan yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas manamana orang yang bekerja di tempat kerja;

(e) apa-apa jentera, loji, peralatan perkakas, bahan atau apa-apa alat pelindung diri yang dikehendaki bagi maksud mengurangkan apa-apa risiko sedemikian;

(f) mengesyorkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat kepada struktur atau susun atur tempat kerja bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya;

(g) apa-apa kerja yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan yang telah dijalankan oleh mana-mana orang, atau kumpulan orang yang diambil kerja oleh majikan untuk menggalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

(h) apa-apa perkara yang belum selesai yang berbangkit daripada laporan yang terdahulu yang dinyatakan di bawah perenggan (a) hingga (g); atau

(i) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan orang yang bekerja di tempat kerja.

So, kena pastikan dalam report tuan-puan ada elemen-elemen yang dinyatakan diatas, paling senang buat satu template yang mengandungi elemen tersebut. Kalau report tuan-puan melalut dan tak memenuhi kehendak tersebut, percayalah apabila sampai waktunya tuan-puan nak apply Green Book, maka akan tuan-puan terimalah email mengatakan “dukacita dimaklumkan bahawasanya…”

Kewajipan Membincangkan Laporan

(1) Seseorang, majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja setelah menerima laporan bawah peraturan 19, hendaklah tidak kurang daripada dua minggu selepas menerimanya, membincangkan laporan itu dengan pegawai keselamatan dan kesihatan.

(2) Seseorang majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu tempat kerja hendaklah menanda tangan balas laporan itu untuk mengesahkan yang dia telah menerimanya.

(3) Laporan itu hendaklah disimpan dalam keadaan yang baik sekurang-kurangnya selama tempoh sepuluh tahun bagi maksud pemeriksaan atau penyiasatan oleh pegawai jika perlu.

So macam mana? Susah ke jadi SHO ni? Mana da susah bro, yang penting kena work smart jangan work hard. Lepas tu pastikan semua evidence ada, buat benda yang sama ulang-ulang jer. Yang penting kena ingat, sebagai SHO tugas kita bukan macam polis atau security, kita hanya Pak Penasihat bukan enforcement officer.

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa share dengan rakan-rakan yang bercita-cita nak jadi pegawai penyiasat ke, jadi setiausaha ka tapi tak berjaya juga, mana tahu dia beralih arah nak jadi SHO pula, boleh lah jadi pegawai penyiasat jika ada insiden, jadi Setiausaha tu memang pasti. So, nanti saya akan update apa pula tugas-tugas Site Safety Supervisor (SSS), untuk tidak ketinggalan, jangan lupa untuk follow official FB Fanpage saya dan dapatkan update terkini secara instant di facebook anda.. 😊