Ok guys, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ni dalam coretan Tugas Seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, kali ini saya cuba untuk mengupas pula berkaitan dengan tugas-tugas seorang ‘Site Safety Supervisor’. Ada beza ka tugas-tugas SHO/SSS ni? Kalau ikut kehendak undang-undang memang ada bro. Cuma bila sampai bab kerja, kekadang tu rojak dan ABC selalu nya sudah menjadi kemestian.
Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita lihat dahulu apa sebenarnya perbezaan yang ketara diantara Safety and Health Officer (SHO) dan juga Site Safety Supervisor (SSS) ni. Mengikut maklumat yang saya selidiki..chewaahh..macam Inspector pula. Sebenarnya, Site Safety Supervisor ni sudah lama diperkenalkan malah 10 tahun lebih awal daripada Safety & Health Officer.
- Memenuhi kehendak Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan) 1986 dan lantikan dibuat oleh kontraktor utama; dan
- Membantu kontraktor utama memenuhi kehendak yang terdapat dalam AKJ dan mana-mana Peraturan di bawahnya dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina kerja.
- Memenuhi kehendak Subseksyen 29 (2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) dan lantikan dibuat oleh penghuni/ majikan jika jumlah harga kontrak projek melebihi RM20 juta; dan
- Membantu penghuni/ majikan memenuhi kehendak yang terdapat dalam AKKP dan mana-mana Peraturan di bawahnya dan menggalakkan perjalanan selamat kerja di tempat kerja itu
"HIGH QUALITY WORKPLACE ASSIGNMENT"
Dalam vbook ini, saya explain bagaimana cara untuk buat high quality workplace assignment bagi calon yang menduduki peperiksaan SHO NIOSH. Bukan sedikit yang gagal peperiksaan SHO NIOSH ni, terutamanya paper 4 atau bahagian Workplace Assignmnent. Setelah belajar melalui V-book ni, anda tak akan ada masalah lagi nak buat workplace assignment. Malah saya jamin, anda akan mampu siapkan Workplace Assignment dalam tempoh yang singkat.
Tugas Site Safety Supervisor
So berikut merupakan Tugas Hakiki seorang Site Safety Supervisor sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang atau lebih tepat lagi Peraturan 25 (BOWEC) di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967.

Sebab itu kalau kita lihat, SSS ni tugas utama dia kena berada di tapak bina sekurang-kurangnya 15 jam seminggu bagi Kontraktor Utama dan minimum 5jam seminggu bagi sub-kontraktor. Dia kena memantau kerja-kerja yang dilakukan di tapak bina. So kalau ada sesuatu keadaan yang tak selamat sudah menjadi tanggungjawab SSS untuk menegur dan memperbetulkan keadaan tersebut. Kalau tak nanti berlaku kemalangan, nayaaa pulak nak jawab apa. Tapi SSS kena ingat, jangan main cakap ja, kena ada bukti dah buat kerja.
Bukti yang paling senang ialah just buat simple Workplace Inspection Report atau Walkabout Report. Mana-mana area yang tak selamat ambik gambar terus dan highlight kat line supervisor. Pastikan line supervisor perbetulkan keadaan tersebut dan jangan lupa ambil gambar selepas keadaan diperbetulkan. Paling penting jangan lupa simpan tarikh bila buat inspection dan date of close out. Untuk contoh boleh rujuk atau download template Workplace Inspection Report ni.
Ini antara tugas yang paling kritikal. Sebabnya kita deal dengan manusia secara langsung. Macam-macam perangai manusia yang ada kat tapak bina kan. Belum lagi ambil kira yang tak reti Bahasa Malaysia dan English, ini antara cabaran utama Site Safety Supervisor. Nak tak nak kena ikut keadaan la, mungkin SSS kena belajar Bahasa isyarat pula. Antara contoh-contoh kelakuan tak selamat yang kerap kita jumpa kat tapak bina seperti tak menggunakan abah-abah (Body Harness) ketika bekerja di tempat tinggi.
Cara kerja yang tak sesuai dengan SOP, sebagai contoh dalam SOP kata kalau barang berat lebih dari 50kg kita kena angkat guna mesin. Tapi ada juga yang nak tunjuk kuat dia angkat juga cara manual. Pendek kata macam-macam kelakuan tak selamat yang ada kat tapak bina. Yang penting pastikan SSS dah jalankan tugas dan cuba untuk comply seminimum yang mungkin. Kadang-kadang susah juga kan, kang terlampau nak ikut buku kerja tak jalan pula.
Ini kalau SSS keja dipihak Main Contractor, so dia kena pastikan semua subkontraktor juga mematuhi kehendak Akta dan juga Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengan Akta terutama Peraturan 25 (BOWEC). Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Peraturan 25 ni boleh rujuk kat sini.

Jika anda bekerja di pihak Main Contractor, so kena bekerjasama dengan SSS yang dilantik oleh subkontraktor bagi memastikan Akta dan Peraturan dipatuhi. Pendek kata dua-dua pihak kena bekerjasama bagi memastikan tapak bina selamat dan takda kemalangan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bestkan..mana ada banyak kerja Site Safety Supervisor. Kalau ikut undang-undang, ada 4 scope yang utama je kan. Hehe..macam biasalah bro, semuanya indah khabar dari rupa. Walaupun hanya 4 jer tugasan utama, kadang-kadang semua kerja nak taichi pergi SSS. So kena pandailah belajar silat ka, teakwondo ka untuk tepis taichi tu.
Kompetensi Site Safety Supervisor
Secara ringkasnya, mengikut kehendak Akta dan Peraturan 25 (BOWEC) mengkehendaki seseorang yang dilantik menjadi Site Safety Supervisor mestilah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan di dalam subperaturan (3) dan (4) dan mempunyai pengalaman minimum selama 2 tahun sebagai formen di tapak bina.
Untuk menjadi SSS yang diiktiraf pihak DOSH telah menetapkan bahawa seseorang SSS mestilah telah mengikuti kursus Site Safety Supervisor yang dianjurkan oleh pengendali kursus yang diiktiraf oleh DOSH dan LULUS UJIAN yang dijalankan oleh NIOSH atau insitut yang diiktiraf oleh DOSH.
Berikut merupakan kelayakan atau syarat-syarat jika anda ingin menjadi Site Safety supervisor yang diiktiraf oleh DOSH
- Rakyat Malaysia yang memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang arkitek atau yang ada kaitan dengan pembinaan dan telah menghadiri kursus Site Safety Supervisor serta lulus ujian Site Safety Supervisor yang dianjurkan oleh NIOSH atau institute yang diiktiraf oleh DOSH
- Rakyat Malaysia yang telah bekerja selama 2 tahun sebagai Penyelia atau Formen di tapak bina dan dan telah menghadiri kursus Site Safety Supervisor serta lulus ujian Site Safety Supervisor yang dianjurkan oleh NIOSH atau institute yang diiktiraf oleh DOSH
- Rakyat Malaysia yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama 10 tahun sebagai Penyelia atau Foreman di Tapak Bina dan lulus ujian Site Safety Supervisor yang dianjurkan oleh NIOSH atau institute yang diiktiraf oleh DOSH
Untuk makluman, pihak DOSH juga memberikan sedikit kelonggaran untuk pendaftaran sebagai SSS buat sementara waktu ini, kelonggaran tersebut akan dikaji dari masa kesemasa dan mungkin akan diperketatkan.
Berikut antara kelonggaran tambahan yang diberikan DOSH:
Rakyat Malaysia yang sudah lulus ujian Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) tetapi belum berdaftar sebagai SHO disebabkan tak cukup pengalaman bekerja selama 3 tahun:
- Memiliki sekurang-kurangnya 12 bulan pengalaman kerja di tapak bina
- Menghadiri Module 6 (Construction Safety) kursus Site Safety Supervisor dan
- Menghadiri Site Supervisor course yang dijalankan oleh CIDB
Rakyat Malaysia yang memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan atau yang setaraf daripada mana institute yang diiktiraf oleh DOSH
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman di tapak bina
- Menghadiri Module 6 (Construction Safety) kursus Site Safety Supervisor
Sebenarnya banyak tempat boleh ambil kurus ni, bukan setakat kat NIOSH saja. Ada beberapa training provider yang telah diiktiraf oleh DOSH untuk jalankan kursus ni. So boleh la ambil kursus yang sesuai dengan jadual tuan-tuan dan berhampiran. Kalau tuan-tuan berada di Sarawak, salah satu training provider yang sering menganjurkan kursus Site Safety Supervisor ini ialah Jofina Safety & Training Centre. Mereka telah bekerjasama dengan pihak NOSH Global Sdn Bhd untuk menganjurkan kursus Site Safety Supervisor ni di Sarawak bagi mengurangkan kos pengangkutan serta penginapan bagi mereka yang ingin mengikuti kurus. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan jadual kursus boleh check kat website mereka.
Namun begitu kena ingat, mengikut maklumat daripada website DOSH seseorang itu tak boleh memiliki 2 kompetensi sekaligus. Maksudnya, kalau dah ada SSS (Yellow Book) tak boleh la nak register sebagai SHO (Green Book), begitu juga sebaliknya. Tapi macam mana kalau dah ada SSS dan nak juga dapatkan SHO? Simple jer kena tunggu SSS expired than jika segala syarat sebagai SHO sudah dipenuhi boleh la apply untuk SHO pula.
Itu saja perkongsian setakat ini, semoga ia bermanfaat. Kalau ada info yang salah minta dimaafkan. Untuk maklumat yang tepat, sahih dan terkini rajin-rajin lah rujuk kepada pihak DOSH.
Maklumat Lanjut Berkaitan Dengan Kerjaya Safety Ni Boleh Baca Kat Sini
Maklumat Lanjut Berkaitan Dengan Kerjaya Safety Ni Boleh Baca Kat Sini